the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Rayuan kekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas rakyat Amerika kerana membunuh

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang rakyat Amerika Syarikat kerana membunuh bekas isterinya di sebuah hotel pada tahun 2016.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk P Ravinthran serta Datuk Zabariah Yusof (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) mengesahkan penemuan Mahkamah Tinggi bahawa Gerald Wayne Mickelson adalah bersalah kerana membunuh Guilda Mickelson, juga seorang warganegara Amerika Syarikat.

Ravinthran dalam penghakimannya hari ini juga berkata pengakuan dibuat Gerald bahawa dia membunuh Guilda telah diterima dengan cara yang betul sebagai bukti.

Malah, jika sebaliknya, penemuan kami bahawa hakim perbicaraan mempunyai bukti yang cukup di hadapannya untuk merumuskan bahawa perayu (Gerald) berniat untuk mencederakan simati yang pada lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian,” kata beliau semasa menolak rayuan Gerald.

Hakim Ravinthran berkata bukti perubatan mengesahkan punca kematian adalah dicekik dengan tangan dan kedua-dua perayu dan simati berada di dalam pergelutan, satu kesimpulan yang dapat dibuat ialah perayu telah mencekik Guilda sehingga mati.

Beliau berkata hakim perbicaraan menemui unsur niat untuk mencederakan turut dibuktikan.

“Mengenai bukti, perayu telah tanpa diragui didapati mencekik bekas isterinya sehingga mati, pada pandangan kami tiada ruang untuk mempertikaikan kecederaan pada tubuh adalah tanpa niat atau tidak disengajakan,” katanya.

Gerald, 65 disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada September 2018 membunuh bekas isterinya, Guilda, 61, dalam sebuah bilik hotel di Lingkaran Syed Putra, Brickfields, Kuala Lumpur antara pukul 5 hingga 11 pagi pada 26 November 2016.

Seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan berkata pada hari kejadian, pihak hotel menerima satu panggilan menerusi interkom daripada seorang lelaki meminta polis datang ke suite yang disewanya kerana ada “masalah”.

Seorang pegawai bertugas dan seorang pegawai keselamatan naik ke bilik terbabit dan tetamu yang kemudian dikenal pasti sebagai perayu memberitahu mereka bahawa bekas isterinya telah mati dan dia memberitahu staf hotel itu bahawa dia membunuhnya.

Dalam pembelaannya, Gerald berkata dia tidak berniat untuk membunuh tetapi mempertahankan dirinya yang diserang secara fizikal oleh bekas isterinya yang cuba menahan dia daripada meninggalkan suite hotel itu.

Peguam Datuk N Sivananthan yang kini mewakili Gerald ketika dihubungi berkata, anak guamnya sedang menunggu tarikh pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan ditetapkan. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings