the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah syariah benarkan bantahan awal terhadap pengesahan hibah saham

Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya benarkan ahli perniagaan Tan Sri Shahril Shamsuddin bantah permohonan bapanya untuk sahkan hibah 14.8 juta saham Sapura.

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan ahli perniagaan Tan Sri Shahril Shamsuddin mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan bapanya, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, untuk pengesahan pemberian hibah 14.8 juta unit saham syarikat.

Shamsuddin Abdul Kadir, 94, memfailkan permohonan itu pada 2 September untuk mengesahkan pemberian hibah kepada dua anaknya, Shahril dan Datuk Shahriman Shamsuddin, yang masing-masing memperoleh pegangan saham itu 28 tahun lalu.

Permohonan pengesahan itu dibuat susulan permohonan Shamsuddin untuk membatalkan pemberian hibah kepada Shahril atas faktor peribadi.

Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail mengarahkan Shahril menfailkan bantahan awal itu dalam tempoh tiga minggu.

“Defendan pertama (Shahril) dibenarkan memfailkan notis usul untuk bantahan berserta afidavit sokongan,” kata hakim itu sambil menetapkan 24 Februari 2026 untuk sebutan semula kes.

Peguam syarie Dr Mohd Rafie Mohd Shafie yang mewakili Shahril memaklumkan bahawa hibah yang dipertikaikan adalah fasid dan pihaknya mengemukakan bantahan awal bagi membuktikan dakwaan plaintif tidak berasas.

Peguam syarie Suhaimi Saad yang mewakili Shamsuddin membantah permohonan itu dengan alasan tiada unsur kekhilafan dalam tuntutan pengesahan hibah oleh anak guamnya.

“Seorang bapa mempunyai hak penuh untuk menarik balik sebarang bentuk hibah yang diberikan kepada anaknya pada bila-bila masa,” katanya.

Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili Shahriman berkata anak guamnya tidak membantah permohonan pengesahan hibah oleh plaintif.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings