the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah terima sebahagian besar pernyataan saksi bekas setiausaha akhbar Zahid

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima sebahagian besar pernyataan saksi bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri itu melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun berkata mahkamah membenarkan bantahan pihak pendakwaan pada tiga perenggan iaitu; baris terakhir dalam perenggan 17 dan 22, dan keseluruhan perenggan 18 supaya dikeluarkan daripada pernyataan saksi Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, yang merupakan saksi pembelaan kedua.

“Saya dapati selebihnya, (perenggan) 16 hingga 30 (pernyataan saksi) berkaitan dengan fakta secara langsung dalam isu yang menjadi teras kes pembelaan dan oleh itu bukan perkara kolateral yang tertakluk di bawah Seksyen 153 Akta Keterangan 1950.

“Berhubung perenggan 16 dan 17, saya bersetuju dengan pembelaan bahawa perkara yang terkandung adalah pengenalan naratif tentang bagaimana saksi pembelaan (Fadzlette) mengenali saksi ke-90 pendakwaan, bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly,” kata beliau.

Pada 19 Sept, pihak pendakwaan membantah sebahagian pernyataan saksi Fadzlette atas alasan ia tidak relevan dan tidak boleh diterima.

Semalam, pihak pembelaan berhujah bahawa Ahmad Zahid tidak akan mendapat perbicaraan yang adil sekiranya mahkamah menerima hujah pihak pendakwaan dan menghalang saksi pembelaan daripada memberi keterangan.

Dalam keputusannya, hakim berkata beliau mendapati Seksyen 153 Akta Keterangan terpakai untuk keadaan yang sangat spesifik dan sehingga keterangan yang dikemukakan itu boleh menjejaskan karakter saksi (Mejar Mazlina) serta tidak relevan dengan fakta dan isu kes itu.

“Dalam keadaan itu, sebaik sahaja saksi menjawab soalan tersebut, Seksyen 153 Akta Keterangan akan beroperasi untuk menghalang mana-mana pihak yang bertentangan daripada memperkenalkan bukti yang bercanggah.

“Mengguna pakai prinsip ini pada cadangan pernyataan saksi oleh saksi pembelaan kedua (Fadzlette), saya dapati bahagian dalam perenggan 18, yang diambil kira pihak pembelaan, tertakluk di bawah larangan Seksyen 153 Akta Keterangan,” katanya.

Hakim juga dalam keputusannya berkata beliau akan menerima empat cadangan pernyataan saksi bagi menjimatkan masa mahkamah.

“Oleh itu pernyataan saksi itu akan diterima sebagaimana adanya tetapi tanpa prejudis kepada hak pihak pendakwaan untuk meminta perenggan atau bahagian pernyataan saksi yang menjejaskan itu dipadamkan pada penghujung kes melalui hujahan keseluruhan kes,” katanya.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan pernyataan saksi itu dipinda dengan sewajarnya.

Perbicaraan diteruskan dengan Fadzlette membaca pernyataan saksinya.

Fadzlette adalah setiausaha akhbar kepada Ahmad Zahid semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri, dan kini pengarah media untuk presiden UMNO itu.

Pada 30 Ogos, Ahmad Zahid selesai membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah selama 17 hari.

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

A Decade of Sharing the Flavors of China: ‘Chinese Restaurant’ Stays True to Its...

CHANGSHA, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - Carrying the warmth of everyday life and the richness of Chinese civilization, Chinese Restaurant embarks on a new chapter as it celebrates its 10th anniversary.

Hong Kong universities scale global heights, cementing education hub status

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 19 June 2026 – Hong Kong universities continue to excel on the international stage with five institutions ranked among the world's top 100 and, for the first time, two in the top 20 of the 2027 World University Rankings published by Quacquarelli Symonds (QS) on June 18.

VinFast Builds on EV Success While Looking Beyond Electrification

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - As Southeast Asia and the Middle East ramp up investments in autonomous driving and AI-powered transportation, VinFast is positioning itself at the intersection of today's EV market and tomorrow's mobility ecosystem.

Glow Festival by Prudential Expands in Sentosa Partnership, Bringing Global Headliners and Its Biggest...

Over 70 wellness sessions across six immersive festival zones...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings