the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mahkamah tetapkan 29 April keputusan cabaran penggantungan Parlimen era COVID

Mahkamah Tinggi akan putuskan pada 29 April permohonan semakan kehakiman cabaran penggantungan Parlimen semasa darurat COVID-19 2021

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 29 April ini bagi keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh dua wakil rakyat untuk mencabar nasihat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen ketika tempoh darurat COVID-19 pada 2021.

Hakim Datuk Aliza Sulaiman turut menetapkan tarikh yang sama untuk memutuskan dua saman pemula difailkan oleh Malaysian Bar dan Bersih 2.0 bersama tujuh pihak lain, yang turut mencabar pengisytiharan darurat itu.

Pada 24 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan membenarkan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Abdul Aziz Bari untuk memulakan permohonan semakan kehakiman dan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan mengenai merit semakan itu.

Terdahulu, peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang mewakili kedua-dua wakil rakyat berkenaan  berhujah isu yang dibangkitkan oleh anak guamnya merupakan kepentingan awam dan mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara itu.

Gurdial berhujah Seksyen 11, 14 dan 15 Ordinan Darurat berkenaan tidak diperlukan, tidak wajar, tidak munasabah dan tidak adil.

Peguam itu berkata ketidakupayaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri oleh Seksyen 14 dan 15 adalah tidak wajar atas sebab memerangi situasi atau pandemik COVID-19.

“Tiada sebarang asas untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung, memandangkan sektor ekonomi lain, termasuk pasar malam, dibenarkan untuk beroperasi,” katanya.

Gurdial turut berhujah bahawa kerajaan telah melanggar peruntukan mandatori di bawah Perkara 150(3) dan Perkara 150(5) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa ordinan darurat perlu dibahaskan di Parlimen.

“Keperluan ini adalah mandatori bahawa ia perlu dibentangkan di Parlimen dan diputuskan oleh Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili perdana menteri dan kerajaan hari ini, berhujah bahawa semakan kehakiman itu bersifat akademik memandangkan Ordinan Darurat tersebut telah tamat pada Ogos 2021.

“Parlimen telah membahaskan dan membatalkan Ordinan Darurat itu pada 25 Okt, 2021 justeru tiada keperluan permohonan tersebut kepada mahkamah ini,” katanya.

Shamsul turut berhujah bahawa perintah mahkamah mandatori yang dituntut terhadap perdana menteri ketika itu juga tidak lagi boleh dilakukan, memandangkan beliau telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos, 2021.

“Ringkasnya, dikemukakan bahawa remedi dan penyelesaian yang diminta pemohon tidak lagi relevan susulan situasi yang berlaku,” katanya.

Hassan, Abdul Aziz, Malaysian Bar dan pihak lain yang berkenaan, menuntut pengisytiharan mahkamah bahawa keputusan Kabinet diketuai Muhyiddin menasihati Yang di-Pertuan Agong ke-16 untuk mengisytiharkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah melanggar Perlembagaan, tidak mengikut undang-undang, tidak berkesan dan ultra vires (di luar kuasa).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Prime minister calls for stronger media council to uphold press freedom

Communications minister Fahmi Fadzil says PM Anwar Ibrahim wants the Malaysian Media Council's role enhanced to ensure media freedom and address industry challenges.

Most Viewed

Dah Sing “328 Business Banking” Launches the “Dah Sing Business Multi-Currency Mastercard Debit Card”

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 5 February 2026 - Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") launched the new Dah Sing Business Multi-Currency Mastercard Debit Card, designed exclusively for customers of its "328 Business Banking" services.
spot_img

Popular Categories