the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah Tinggi tetapkan Nov 20 keputusan gali semula kubur kadet Palapes

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 November depan bagi pendengaran keputusan permohonan gali semula kubur Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Muhammad Amir Rusyaidi Muhamad Zaidi.

Hakim Roszianayati Ahmad menetapkan tarikh itu selepas pihak Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara sebagai responden memohon masa untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan bapa Muhammad Amir Rusyaidi.

Beliau kemudiannya menetapkan 10 Oktober depan bagi kedua-dua responden memfailkan afidavit jawapan manakala pemohon memfailkan afidavit balasan pada 24 Oktober.

“Hujahan bertulis difailkan serentak pada atau sebelum 7 November 2025 manakala tarikh untuk keputusan permohonan 20 November 2025,“ katanya.

Permohonan dikemukakan Muhamad Zaidi yang diwakili peguam Tun Laila Tun Rafaee itu antaranya bagi membolehkan satu perintah dikeluarkan untuk menggali semula kubur Muhammad Amir Rusyaidi.

Permohonan tersebut juga memohon perintah kedua untuk mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur menjalankan bedah siasat ke atas jasad tersebut.

Perintah ketiga adalah untuk mengarahkan pakar forensik itu mengeluarkan keputusan bedah siasat sebulan selepas bedah siasat dilakukan.

Perintah seterusnya untuk Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah melantik pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi mengambil alih siasatan.

Permohonan kelima memohon perintah untuk inkues dijalankan bagi penyiasatan punca kematian sebenar Muhammad Amir Rusyaidi.

Hadir pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Azroul Hisham Azulan mewakili Kementerian Dalam Negeri sebagai responden pertama.

Pengarah Pendakwaan Selangor Kalmizah Salleh mewakili Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebagai responden kedua.

Ibu Muhammad Amir Rusyaidi, Azwati @Azziaton Muhammed Ghalip, berkata permohonan berkenaan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian anak sulungnya itu.

Beliau memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Firdaus Kampung Sungai Lang di Banting, Kuala Langat, Selangor.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian pada 10 November 2024, pelajar UiTM itu dikatakan pengsan semasa menyertai sesi latihan di padang kawad.

Muhammad Amir Rusyaidi kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan meninggal dunia tiga hari kemudian. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Police seek dashcam footage of fatal crash on Cheras-Kajang Highway

Police are appealing for witnesses to a fatal accident involving a motorcycle and a lorry at KM13.1 of the Cheras-Kajang Highway yesterday, which claimed the life of a 23-year-old motorcyclist.

Most Viewed

spot_img