Monday, November 24, 2025
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia dan Kenya tandatangani MoU galak perdagangan dan pelancongan

Malaysia dan Kenya tukar MoU perdagangan dan pelancongan, perjanjian perkhidmatan udara serta kerjasama bandar raya antara Nairobi dan KL

NAIROBI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Kenya, William Samoei Ruto hari ini menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan perdagangan dan pelancongan antara kedua-dua negara.

Selain itu terdapat juga pertukaran dua dokumen berkaitan dengan perkhidmatan udara dan majlis bandar raya.

MoU pertama adalah antara Kenya National Chamber of Commerce and Industry (KNCII) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang bertujuan untuk menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak.

Manakala, MoU kedua bertujuan untuk mempromosikan serta mengembangkan kerjasama dalam bidang pelancongan antara kedua-dua negara.

Semasa pertukaran MoU itu, pihak KNCII dan Pelancongan Kenya diwakili oleh Setiausaha Kabinet, Kementerian Hal Ehwal Belia, Ekonomi Kreatif dan Sukannya Salim Mvurya serta Setiausaha Kabinet Utama dan Setiausaha Kabinet bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Diasporanya Dr Musalia Mudavadi.

Manakala Malaysia diwakili Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bagi pertukaran dua dokumen lain itu, pertukaran pertama adalah perjanjian perkhidmatan udara dua hala sebagai perintis untuk mewujudkan rangka kerja perundangan dan kawal selia.

Menerusi perjanjian itu syarikat penerbangan yang ditetapkan antara Kenya dan Malaysia akan mengendalikan perkhidmatan pengangkutan udara antarabangsa antara dan di luar wilayah masing-masing.

Pertukaran perjanjian itu dilakukan Mudavali dan Tengku Zafrul.

Pertukaran perjanjian seterusnya adalah Surat Hasrat antara Nairobi City County dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang secara rasmi menyatakan minat dan komitmen untuk bekerjasama dalam bidang tertentu yang mempunyai kepentingan bersama.

Pertukaran perjanjian itu melibatkan Myurya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

CG Capital partners with IHG Hotels & Resorts to launch InterContinental Residences Bangkok Asoke, the only freehold branded residences in Sukhumvit

CG Capital has partnered with IHG Hotels & Resorts to unveil InterContinental Residences Bangkok Asoke, a THB 5.5 billion freehold luxury-branded residence in Sukhumvit. Featuring only 88 exclusive units, premium amenities, and a prime Bangkok address, the project sets a new benchmark for world-class residential living and long-term investment appeal.

St. George’s University urges early prostate cancer screening during Men’s Health Awareness Month

In South Korea, according to the Global Cancer Observatory, prostate cancer is the fourth common cancer with a total of 16,374 new cases. To mark Men’s Health Awareness Month, St. George’s University (SGU) School of Medicine in Grenada, West Indies, highlights essential steps that South Korean men should be aware of to prevent prostate cancer and maintain good health.

MACC urged to probe RM104.9 million investment scam losses

MHO urges MACC to investigate investment schemes that left 276 victims with RM104.9 million in losses, citing misuse of funds and prominent figures used to lure investors.
spot_img

Popular Categories