Monday, November 24, 2025
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia dan Kenya tingkat hubungan dua hala ke perkongsian strategik

Malaysia dan Kenya setuju tingkat hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, hapus tarif produk pertanian dan kembangkan kerjasama teknologi

NAIROBI: Malaysia dan Kenya bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, menandakan peristiwa penting bersejarah dalam hubungan diplomatik yang telah terjalin antara kedua-dua negara sejak 60 tahun.

Presiden Kenya William Samoei Ruto berkata hubungan yang dipertingkatkan itu akan memastikan kerjasama antara Putrajaya dan Nairobi digerakkan dengan tujuan dan struktur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata perkongsian strategik itu akan merangkumi semua bidang dan import pertanian tradisional malah juga dalam teknologi baharu seperti peralihan tenaga dan transformasi digital, termasuk semikonduktor.

Kedua-dua pemimpin itu berkata demikian pada sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dua hala di State House, di sini.

“Kami mengukuhkan komitmen kami untuk menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif, mengembangkan eksport Kenya ke Malaysia dan sebaliknya, serta memperdalam kerjasama dalam teknologi digital dan pembuatan berteknologi tinggi,” kata Ruto.

Beliau berkata persetujuan Anwar untuk menghapuskan tarif ke atas hasil pertanian dan daging lembu, merupakan satu langkah penting yang akan membuka peluang pasaran baharu kepada petani Kenya dan mengukuhkan asas komersial perkongsian antara kedua-dua negara.

Eksport utama Kenya ke Malaysia termasuk teh, kopi, bunga, avokado, titanium, kulit dan daging lembu, manakala eksport Malaysia ke Kenya sebahagian besarnya terdiri daripada minyak dan lemak boleh dimakan, produk kimia, elektronik, bahan kimia pertanian dan getah.

Anwar, yang berada di sini sempena lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini berkata berkata garis panduan am dan pelaksanaan keputusan yang dibuat di Nairobi boleh dimuktamadkan sebelum lawatan Ruto tahun depan.

“Saya beri jaminan bahawa sebelum lawatan anda, kami akan memastikan beberapa garis panduan am dan pelaksanaan keputusan dibuat lebih awal, (sama ada) pada Disember, Januari, Februari. Ada beberapa bulan lagi masa, tetapi kita mesti menunjukkan bahawa kita boleh melakukannya,” kata beliau.

Ruto berkata lawatan Anwar itu berlaku pada detik yang penting bagi Kenya, ketika negara tersebut sedang membangunkan pelan hala tuju kebangsaan baharu yang diilhamkan daripada pengalaman Malaysia serta negara-negara membangun Asia yang lain, yang bangkit melalui disiplin, strategi dan komitmen terhadap kecemerlangan.

Ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh lebih dua dekad, selepas Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.

“Dalam perbincangan kami, kami bersetuju bahawa Malaysia akan menimbang perkongsian dan pelaburan merentasi bidang keutamaan kami, termasuk kerjasama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta dalam penyelidikan dan pembangunan,” kata Presiden Kenya itu.

Menurutnya, Malaysia dan Kenya juga bersetuju untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam sektor semikonduktor sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan modal insan dan perindustrian Kenya.

“Menerusi perkongsian strategik, Malaysia akan menyokong Kenya untuk mengembangkan teknologi semikonduktor dan keupayaan pembuatannya, termasuk dengan Universiti Kimathi, yang menjadi peneraju dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata sebagai sebahagian daripada agenda transformasinya, Kenya juga mempelawa sektor swasta Malaysia untuk mengambil bahagian dalam perkongsian awam-swasta, termasuk pelaburan dalam pengembangan rangkaian jalan raya melalui sistem tol, penjanaan kuasa dan pembinaan empangan.

“Kami menggalakkan syarikat Malaysia untuk memanfaatkan Kenya sebagai hab pembuatan bagi Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika,” katanya.

Ruto berkata kehadiran Anwar di Nairobi tepat pada masanya memberi peluang kepada Kenya menggerakkan cita-cita besar negara itu bersandarkan kepada pengalaman luas Malaysia.

“Ketika kami bangkit, kami mendapat inspirasi daripada negara-negara seperti anda yang mengambil langkah berani menggerakkan cita-cita bagi mencapai kecemerlangan. Kenya kini bersedia untuk bergerak seiring dengan mereka,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Changan Automobile Unveils Multi-Brand Lineup at the 2025 Guangzhou International Automobile Exhibition

GUANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 November 2025 - The 2025 Guangzhou International Automobile Exhibition kicked off on Friday, and Changan Automobile unveiled its CHANGAN DEEPAL, and AVATR brands—presenting over 20 digital and intelligent new products and more than 10 cutting-edge technologies.

Galaxy Macau Presents: The Jimmy O. Yang Chinese New Year Show A Joyful Start to The Year of The Horse

MACAU SAR - Media OutReach Newswire - 24 November 2025 - International film star and stand-up comedy icon Jimmy O. Yang is making a triumphant return to Galaxy Macau™, taking centre stage at the Galaxy Arena – Macau's largest indoor arena – for a spectacular night of laughter in "Galaxy Macau Presents: The Jimmy O. Yang Chinese New Year Show"on February 21, 2026 (the fifth day of the Chinese New YearPresenting an exciting new variety show featuring standup by Jimmy, live musical performances, multiple special guests and other fun surprises, tickets go on sale from 11:00, December 4 , 2025; with a presale offer for Bank of China credit card holders, which will be exclusively available from 11:00, December 3 on Klook.

Most Viewed

CG Capital partners with IHG Hotels & Resorts to launch InterContinental Residences Bangkok Asoke, the only freehold branded residences in Sukhumvit

CG Capital has partnered with IHG Hotels & Resorts to unveil InterContinental Residences Bangkok Asoke, a THB 5.5 billion freehold luxury-branded residence in Sukhumvit. Featuring only 88 exclusive units, premium amenities, and a prime Bangkok address, the project sets a new benchmark for world-class residential living and long-term investment appeal.

Galaxy Macau Presents: The Jimmy O. Yang Chinese New Year Show A Joyful Start to The Year of The Horse

MACAU SAR - Media OutReach Newswire - 24 November 2025 - International film star and stand-up comedy icon Jimmy O. Yang is making a triumphant return to Galaxy Macau™, taking centre stage at the Galaxy Arena – Macau's largest indoor arena – for a spectacular night of laughter in "Galaxy Macau Presents: The Jimmy O. Yang Chinese New Year Show"on February 21, 2026 (the fifth day of the Chinese New YearPresenting an exciting new variety show featuring standup by Jimmy, live musical performances, multiple special guests and other fun surprises, tickets go on sale from 11:00, December 4 , 2025; with a presale offer for Bank of China credit card holders, which will be exclusively available from 11:00, December 3 on Klook.
spot_img

Popular Categories