the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia gagal raih emas acara 3m papan anjal, dominasi dua dekad tamat

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Skuad terjun Malaysia kecundang di Sukan SEA 2025, gagal naik podium dalam acara 3m papan anjal lelaki yang dikuasai 20 tahun.

BANGKOK: Dominasi Malaysia dalam sukan terjun di peringkat serantau dilihat semakin merosot apabila gagal menjulang sebarang pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025.

Lebih mengecewakan, penguasaan skuad terjun negara dalam acara 3m papan anjal lelaki berakhir selepas dua dekad tanpa seorang pun wakil Malaysia naik podium.

Penampilan sulung Elvis Priestly Clement menyaksikan penerjun dari Sarawak itu menamatkan saingan di tempat keempat dengan 359.80 mata.

Rezeki tidak memihak kepada penerjun senior Muhammad Syafiq Puteh (gambar) yang gagal mempertahankan pingat emas dengan mengakhiri saingan di tempat kelima selepas mengutip 356.30 mata.

Wakil tuan rumah Chawanwat Juntaphada merangkul emas dengan 378.30 mata dan menamatkan kemarau Thailand selama 22 tahun dalam acara tersebut.

Dua penerjun Singapura, Avvir Pac Lun Tham (376.55 mata) dan Max Lee Shen Oon (366.00 mata), masing-masing merangkul perak dan gangsa.

Muhammad Syafiq berkata impak kecederaan pinggang kirinya menjejaskan persembahannya.

“Saya masih belum 100% fit, tapi saya teruskan juga,” katanya kepada pemberita.

Penerjun berusia 30 tahun itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan mempertahankan emas.

Elvis pula berkata peluang beraksi pada Sukan SEA kali ini memberi pengalaman berharga.

Semalam, kem terjun negara memulakan kempen dengan meraih pingat gangsa menerusi acara 1m papan anjal lelaki oleh Yong Rui Jie.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings