the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia hantar atlet terbaik ke Sukan SEA Thailand 2025

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar skuad terbaik pada Sukan SEA Thailand 2025 sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur apabila negara menjadi tuan rumah temasya itu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata pihaknya telah mengadakan beberapa perbincangan dengan persatuan sukan sebelum pendaftaran senarai atlet ke Majlis Olimpik Malaysia (MPM) yang berakhir pada 1 Sept lepas.

“Pada 2022 di Vietnam, kita menghantar 52 peratus atlet muda, di Kemboja kali kedua dan penyertaan ini kali ketiga. Jadi, mereka sudah mempunyai pengalaman bertanding pada peringkat Sukan SEA … kita akan hantar atlet yang terbaik.

“Mana-mana persatuan yang telah daftar, saya rasa mereka senaraikan atlet terbaik dan terkuat mereka ke Sukan SEA kali ini,“ katanya kepada pemberita ketika ditemui di MSN, di sini hari ini.

Mengulas mengenai sasaran pingat, Jefri berkata Malaysia mempunyai peluang lebih baik berbanding edisi Kemboja pada 2023 yang menyaksikan banyak acara tradisi tempatan dipertandingkan.

“Di Kemboja, sukan yang dipertandingkan ialah sukan tradisi yang kita tidak mempunyai sebarang kekuatan ataupun pengalaman. Jadi, kali ini Thailand, Malaysia dan Singapura telah membuat keputusan untuk mempertandingkan sukan peringkat Olimpik dan Asia.

“Contohnya, skuasy, boling padang dan boling telah dipertandingkan, jadi kita harap edisi kali ini akan memberikan peluang kepada kita,“ katanya.

Sukan SEA Thailand 2025 akan bermula dari 9 hingga 20 Dis ini– Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Kerajaan Madani laksana projek ikut keperluan rakyat, bukan politik

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menegaskan projek pembangunan dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar rakyat, bukan pertimbangan politik, bagi memastikan manfaat dirasai semua.
spot_img

Popular Categories