the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia pertimbang peranan sebagai pengantara konflik Sudan

Kerajaan Malaysia akan pertimbang cadangan untuk jadi pengantara konflik Sudan demi kepentingan pelaburan dan keamanan, kata Timbalan Menteri Luar

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan pandangan supaya Malaysia menjadi pengantara dalam usaha perdamaian di Sudan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata perkara itu perlu dibincangkan secara terperinci kerana konflik di negara berkenaan turut menjejaskan kepentingan Malaysia.

“Ini juga menjadi keutamaan kita untuk melihat negara itu kembali aman. Kita punya kepentingan (pelaburan) yang begitu besar di Sudan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat.

Mohamad berkata Malaysia sememangnya berpengalaman dalam mendamaikan beberapa konflik termasuk menjadi fasilitator untuk rundingan damai antara Thailand dan Kemboja.

Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) sebelum ini bertanyakan sama ada Malaysia akan menggunakan kedudukan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memimpin inisiatif keamanan Sudan.

Duta Besar Sudan ke Malaysia Hassan Abdelsalam Omer dilaporkan berkata Sudan menyanjung Malaysia sebagai rakan kepercayaan dan suara utama dalam memperjuangkan keamanan sejagat.

Sementara itu, Mohamad berkata kerajaan Malaysia telah menyalurkan RM74 juta bantuan kemanusiaan kepada Palestin menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini juga mengumumkan tambahan bantuan RM100 juta lagi untuk tujuan kemanusiaan dan pembangunan semula Gaza. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories