the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Ibrahim tamatkan lawatan negara empat hari di Arab Saudi, berlepas ke Bahrain

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tamatkan lawatan negara empat hari di Arab Saudi, berlepas ke Bahrain selepas siri pertemuan rasmi

RIYADH: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Bahrain pada Khamis selepas mengakhiri lawatan negara selama empat hari di Arab Saudi.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh pada 2.23 petang waktu tempatan (7.23 malam waktu Malaysia).

Sebaik tiba di lapangan terbang, Sultan Ibrahim melintasi barisan kawalan kehormatan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengiringi Seri Paduka Baginda ke Bahrain.

Turut berangkat ke lapangan terbang untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Ibrahim ialah Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh Putera Mohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz Al Saud dan Datuk Bandar Riyadh Putera Faisal bin Abdulaziz bin Ayyaf, serta Menteri Pelancongan Kerajaan Arab Saudi Ahmed Al Khateeb.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh Nik Ady Arman Nik Mohd Kamil.

Lawatan itu mencatat sejarah sebagai lawatan negara pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak kali terakhir dilaksanakan oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 1984.

Semasa lawatan negara itu, Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Istana Al-Yamamah.

Sultan Ibrahim turut berangkat melawat Industri Ketenteraan Arab Saudi (SAMI) dan ibu pejabat Arabian Oud di Riyadh.

Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam lawatan ini ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj.

Arab Saudi ialah rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM44.74 bilion (USD9.79 bilion).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKSTP Forges An Asia–Europe Innovation Gateway at VivaTech 2026

HONG KONG / PARIS, FRANCE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) has successfully concluded its Paris delegation to Viva Technology (VivaTech) 2026, which celebrated its 10th anniversary as a global stage for ambitious startups from June 17 to 20.

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings