the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia prihatin konflik Thailand-Kemboja – Anwar

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia tidak memandang ringan konflik semasa antara Thailand dan Kemboja serta kesannya terhadap rantau ini. Beliau menyatakan bahawa walaupun keadaan di Malaysia stabil, negara perlu belajar daripada pengalaman jiran.

“Saya percaya setakat ini, pimpinan kedua-dua negara nampak bersedia (untuk menghentikan serangan) tetapi kita kena waspada sebab kawasan ASEAN terlalu strategik dari segi geopolitik,“ kata Anwar selepas pertemuan dengan pimpinan PKR Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Anwar turut mendedahkan bahawa beliau telah berhubung dengan pemimpin Thailand dan Kemboja untuk menggalakkan gencatan senjata. “Mereka telah beri ruang yang sangat baik… minta saya teruskan… kedua-dua Perdana Menteri beritahu saya ‘Anwar terima kasih banyak, kita terima peranan anda’,“ ujarnya.

Konflik sempadan ini tercetus semula pada Khamis lalu dengan pertempuran di kawasan pertikaian bersama. Ketegangan meningkat sejak insiden berdarah di Preah Vihear pada 28 Mei lalu yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja. – Bernama

Related

spot_img

Latest

KPDN Terengganu rampas barangan bernilai RM2.8 juta tahun ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu merampas barangan bernilai lebih RM2.8 juta dan mengeluarkan kompaun serta denda berjumlah lebih setengah juta ringgit tahun ini.

Most Viewed

Columbia Asia Hospital Cheras Marks 15th Anniversary with Expansion, Wins MPRA 2025 Silver Award for Best Use of Content

Marking 15 years of service, Columbia Asia Hospital Cheras unveils a hospital expansion and earns the MPRA 2025 Silver Award for Best Use of Content. With increased capacity, new specialties, and ongoing patient education initiatives, the hospital reaffirms its commitment to quality healthcare in Cheras and the Klang Valley.
spot_img

Popular Categories