the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tidak harus tutup pintu dagang kerana perbezaan politik – PM

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai negara yang berdagang tidak seharusnya menutup pintu ruang dagangan hanya kerana perbezaan politik atau dasar luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata hal ini berikutan ekonomi negara bergantung kuat kepada rantaian ekonomi global.

Anwar turut menegaskan walaupun Malaysia berdepan dengan suasana ekonomi global yang tidak menentu, berkat kestabilan politik serta kepercayaan teguh para pelabur, negara terus mencatat pertumbuhan yang mampan.

“Kebijaksanaan menyeimbangkan pendirian moral dengan kepentingan ekonomi merupakan kunci dan kayu ukur utama.

“Keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan inilah yang meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang relatifnya kecil tapi suaranya lantang dan tegas di peringkat antarabangsa,“ kata beliau menerusi satu hantaran di laman X hari ini.

Perdana Menteri berkata sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, digital dan tenaga baharu berupaya menjadi pemacu masa depan dengan Melaka menjadi antara negeri barisan hadapan yang konsisten menarik minat pelabur antarabangsa.

Anwar memberitahu walaupun terdapat ketidaksefahaman isu semasa dengan negara luar seperti China, India dan negara-negara tetangga lain dalam ASEAN mahupun Eropah, ruang wacana masih ada untuk mencari titik temu dan dalam pada masa sama mengimbanginya dengan keperluan ekonomi negara.

“Sekiranya jalan konflik dipilih, apakah kita bersedia untuk mengorbankan kekuatan ekonomi negara, sebagai contoh, ratusan bilion eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat atau China.

“(Jadi) akan timbul persoalan, siapa sebenarnya yang kita hukum? rakyat kita sendiri atau pihak yang sepatutnya?,” soal beliau.

Terdahulu, Anwar menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan serta Pembuatan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Banda Hilir, Melaka.

Beliau berkata penyediaan Belanjawan Negara 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi setiap negeri dan bukan hanya ditentukan di peringkat kementerian bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar tanpa mengabaikan keperluan rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup.

Menurut beliau, setiap negeri ada kekuatan tersendiri seperti Melaka yang memberi tumpuan kepada sektor pelancongan dan pembuatan sekali gus menyumbang kepada kerana prestasi negeri yang sangat memberangsangkan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Haze: URTI cases jump nearly 60% to 5,613 in one week – Dzulkefly

Cases of upper respiratory tract infections (URTI) rose by nearly 60% to 5,613 in a single reporting week amid worsening haze conditions, Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad told the Dewan Rakyat today.

Govt reviews electricity tariffs for 2027, with data centres in focus

The government is reviewing the electricity tariff structure for next year to ensure a fairer distribution of costs among households and energy-intensive industries, including data centres, Deputy Prime Minister and Energy Transition and Water Transformation Minister Datuk Seri Fadillah Yusof told the Dewan Rakyat today.

Long Lellang helicopter crash report to be presented to Cabinet tomorrow

The preliminary investigation report into the helicopter crash in Long Lellang, Sarawak, which claimed five lives last month, is expected to be presented to the Cabinet tomorrow (Oct 16).

Most Viewed

spot_img