the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia tunggu jawapan Arab Saudi berhubung kuota tambahan haji 2026

Malaysia masih menunggu maklum balas Arab Saudi mengenai permohonan kuota tambahan jemaah haji untuk tahun 2026, kata Menteri Hal Ehwal Agama.

NILAI: Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Arab Saudi mengenai permohonan kuota tambahan haji untuk tahun 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata keputusan penambahan kuota itu adalah kuasa mutlak kerajaan Arab Saudi.

“Setakat ini, belum (ada maklum balas) dan jangkaan pun kita tak pasti (tempoh terima kelulusan), kita doakan dapat,“ katanya.

Beliau menambah bahawa Malaysia akan memenuhi 100 peratus sebarang kuota tambahan yang diberikan.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Jenayah Syariah Dalam Kalangan Belia di sini.

Beliau sebelum ini menjangkakan bilangan jemaah haji negara akan bertambah pada masa hadapan.

Malaysia kini menerima kuota tetap seramai 31,600 jemaah daripada Arab Saudi.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata kadar penangguhan tawaran haji bagi musim 2026 telah berkurangan kepada 18 peratus.

Pengurangan itu berpunca daripada pelbagai inisiatif Lembaga Tabung Haji termasuk pemakluman lebih awal kepada pendeposit.

Inisiatif lain melibatkan penekanan terhadap penjagaan kesihatan dan bimbingan persiapan haji.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories