the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Johor, Pahang menurun sedikit kepada 5,800 orang pagi inI – NADMA

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang menurun sedikit kepada 5,800 mangsa yang masih berlindung di 45 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, berbanding 5,897 mangsa pada tengah malam tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan trend penurunan kepada 5,020 mangsa berbanding 5,117 orang malam tadi.

Sejumlah 1,397 keluarga masih berlindung di 36 PPS di enam daerah melibatkan 24 PPS di Kota Tinggi yang menempatkan 4,135 mangsa, tiga PPS masing-masing di Kluang (350 mangsa), Johor Bahru (336 mangsa) dan Segamat (95 mangsa); dua PPS di Batu Pahat (87 mangsa) serta sebuah PPS di Pontian (17 mangsa).

Bagi situasi semasa banjir di Pahang, sejumlah 780 mangsa masih berlindung di sembilan PPS yang beroperasi di tiga daerah iaitu lima PPS di Rompin yang menempatkan 191 mangsa, tiga PPS di Pekan (564 mangsa) dan sebuah PPS di Maran (25 mangsa).

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai di Johor masih merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi dan Sungai Endau di Kluang.

Di Pahang, Sungai Pahang di Pekan, Bera dan Maran serta Sungai Rompin turut mencatatkan paras bahaya, begitu juga di dua lokaliti lain iaitu Sungai Arau di Perlis dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu, Terengganu.

Laporan itu turut memaklumkan terdapat 61 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh, antaranya di Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor dan Jalan Pekan Sehari Kampung Awah di Maran, Pahang.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HONMA Golf FY2025/26 Results Remained Resilient Sales and Net Profit Showed Visible Improvements

HONMA Golf posted resilient FY2025/26 results with higher revenue and a return to profit, supported by strong growth in Korea, successful product launches, improved distribution channels, and continued investment in innovation and brand development.

From Millennium Xuan Paper to Contemporary Visual Storytelling: China’s Intangible Cultural Heritage Sets Off...

The drama Zhong Mo Yuan brings UNESCO-recognised Xuan paper-making to contemporary audiences, using visual storytelling to highlight China's intangible cultural heritage while promoting cultural preservation, craftsmanship, and international appreciation.

Europe and China must pivot from tech rivalry to constructive engagement in AI era,...

European and Chinese leaders called for constructive AI collaboration instead of technological rivalry, emphasising responsible governance, innovation, and cross-border cooperation to address challenges in energy, healthcare, manufacturing, and global AI development.

MyRepublic and TP-Link sign MOU to strengthen SME connectivity in Singapore

MyRepublic and TP-Link have formalised a strategic partnership to deliver advanced networking solutions, early product access, and enhanced connectivity bundles that support the digital transformation of SMEs in Singapore.

VinEnergo partners with SunAsia Energy to develop solar-on-water projects integrated with aquaculture in the...

VinEnergo and SunAsia Energy will develop three Solar-on-Water projects totalling 422MWp in the Philippines, supplying clean electricity to around 278,000 households while integrating renewable energy generation with sustainable aquaculture.

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 1H 2026 Review

IX Asia Indexes today announced the 1st Half 2026 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings