the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa banjir di Pahang, Kelantan dan Terengganu berkurangan petang ini

Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan Pahang, Kelantan dan Terengganu menurun, manakala Johor kekal 356 mangsa di Mersing

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Kelantan dan Terengganu menurun petang ini.

Bilangan mangsa di Johor kekal tidak berubah.

Di Pahang, seramai 12,226 mangsa daripada 4,052 keluarga ditempatkan di 79 PPS setakat 4.40 petang.

Angka itu menurun daripada 13,472 mangsa di 81 PPS pada pagi tadi.

Berdasarkan aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), majoriti mangsa berada di Kuantan dengan 10,573 orang di 47 PPS.

Daerah lain yang terjejas ialah Pekan (965 mangsa), Rompin (353), Maran (161), Jerantut (145) dan Lipis (lima mangsa).

Temerloh dan Bera menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan masing-masing merekodkan 22 dan dua mangsa.

Di Terengganu, jumlah mangsa menurun kepada 1,202 orang daripada 340 keluarga setakat 5 petang.

Sebanyak 1,344 mangsa dilaporkan pada pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 951 mangsa di Kemaman masih berlindung di 14 PPS sejak Rabu lepas.

Seramai 251 mangsa berteduh di dua PPS di Dungun.

Dua PPS di Hulu Terengganu telah ditutup tengah hari tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang.

Di Kelantan, Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri memaklumkan 74 mangsa masih berada di empat PPS di Kuala Krai.

Bilangan itu menurun daripada 186 mangsa pada pagi tadi.

Di Johor, bilangan mangsa banjir kekal 356 orang daripada 93 keluarga di daerah Mersing.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman mengesahkan angka tersebut dalam satu kenyataan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories