the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 6, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor pulih

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 510 orang, manakala keadaan di Sarawak dan Johor menunjukkan pemulihan dengan pusat pemindahan ditutup.

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 510 orang petang ini berbanding 495 orang pada waktu pagi.

Mereka daripada 164 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Kota Kinabalu dan Beaufort berikutan hujan berterusan sejak Jumaat.

Di Beaufort, seramai 328 mangsa daripada 118 keluarga dari lapan kampung berlindung di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon.

Bagi Kota Kinabalu pula, 182 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau.

Pihak berkuasa dan agensi penyelamat sedang memantau paras air serta membantu memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat.

Di Sarawak, hanya satu pusat pemindahan masih beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri yang menempatkan 47 mangsa.

Banjir di Kuching dan Lawas telah pulih sepenuhnya dengan kesemua lapan pusat pemindahan ditutup secara berperingkat.

Di Johor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 50 orang petang ini berbanding 85 orang pada waktu pagi.

Dua pusat pemindahan masih beroperasi di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong.

Tiga sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Jeti Sungai Tekam, Segamat dan Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories