the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
28.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di sungai Nibong Tebal

Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan terapung di Sungai berhampiran Jalan Titi Timbul, Nibong Tebal.

NIBONG TEBAL: Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan terapung dalam sungai berhampiran jambatan Jalan Titi Timbul di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang John Sagun Francis berkata bomba menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada 9.28 pagi daripada pihak polis.

“Sebanyak lima anggota bomba termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat itu dari sungai,” katanya.

Beliau berkata mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tersebut tamat pada 10.42 pagi.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories