the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Proses undi awal PRK Kinabatangan, Lamag berjalan lancar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Kinabatangan laporkan proses undi awal PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

KINABATANGAN: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berjalan lancar.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Ravi Duraisamy berkata kerjasama yang diberikan oleh seluruh pegawai dan anggota IPD berkenaan amat baik.

“Saya melihat semuanya berjalan dengan baik dan tiada sebarang masalah,” katanya kepada pemberita di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan.

Beliau memberi jaminan kawalan keselamatan peti undi berada pada tahap tertinggi selepas tamat proses.

Pusat pengundian awal dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Calonnya ialah Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Pertandingan DUN Lamag pula ialah satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lepas.

Parlimen Kinabatangan merangkumi tiga DUN iaitu Sukau, Lamag dan Kuamut.

Keseluruhan pengundi berdaftar di parlimen itu ialah 48,722 orang manakala DUN Lamag mempunyai 13,899 pengundi.

Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ditetapkan pada Sabtu ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings