the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat wanita dalam beg: Suspek utama direman 7 hari

Suspek lelaki berumur 41 tahun itu direman hingga Khamis.

SEREMBAN: Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis, direman tujuh hari bermula dari hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Suspek berumur 51 tahun itu dibawa polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau dan tiba kira-kira 9.45 pagi tadi diwakili peguam Sean Dudley.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muhammad Idzam sebelum ini melaporkan lelaki berkenaan ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan suspek pertama di Melaka, petang semalam.

Suspek lelaki berumur 41 tahun itu direman hingga Khamis.

Dalam pada itu, turut dilaporkan identiti sebenar mayat wanita terbabit masih belum dapat dikenal pasti berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

Sementara itu, Muhammad Idzam berkata polis masih memburu sekurang-kurangnya tiga lagi suspek berhubung kes berkenaan dan keterangan ramai saksi telah diambil.

“Identiti mangsa juga masih belum dikenal pasti sebab keadaan mayat yang sudah mereput, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beberapa ahli keluarga telah diambil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata siasatan awal turut mengesyaki rumah yang menjadi lokasi penemuan mayat itu mempunyai kaitan dengan suspek utama yang juga seorang penganggur, namun tidak dapat disahkan ketika ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings