Saturday, November 1, 2025
32.1 C
Malaysia
spot_img

MCMC nafi dakwaan mansuh syarat 80% kandungan tempatan lesen penyiaran

Bernama

MCMC menafikan dakwaan Malaysia perlu mansuh syarat 80% kandungan tempatan dalam lesen penyiaran akibat perjanjian perdagangan AS.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menafikan dakwaan bahawa Malaysia diwajibkan memansuhkan syarat lesen penyiaran yang menetapkan 80 peratus kandungan tempatan susulan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, dakwaan berkenaan yang dibuat oleh seorang bekas ketua pengarang adalah tidak benar dan mengelirukan.

Dakwaan tersebut juga tidak mencerminkan kerangka pelesenan penyiaran yang sedang berkuat kuasa di negara ini.

Di bawah lesen Content Applications Service Provider Individual atau lesen penyiaran individu yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tiada syarat kuota kandungan tempatan sebanyak 80 peratus dikenakan terhadap penyiar swasta di Malaysia.

“Lesen semasa memberi kebebasan kepada penyiar untuk menentukan kandungan masing-masing berdasarkan garis panduan serta piawaian kandungan yang ditetapkan oleh MCMC,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, lesen penyiaran di bawah AKM 1998 tidak mengandungi sebarang larangan terhadap penyiaran kandungan antarabangsa pada waktu perdana.

Penjadualan kandungan tertakluk kepada keputusan penyiar berdasarkan permintaan pasaran serta selaras dengan peraturan kandungan sedia ada.

Sementara itu, kerajaan kini sedang membangunkan Dasar Penyiaran Negara yang bertujuan memastikan ekosistem penyiaran negara kekal mampan.

DPN juga bertujuan memperkukuh pembangunan kandungan tempatan berkualiti serta mewujudkan tadbir urus yang telus dan saksama bagi penyiar awam, swasta dan platform antarabangsa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Walk with Al-Sultan Abdullah celebrates sporting unity

Malaysia is set to celebrate its rich sporting heritage and collective spirit with the upcoming “Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports”, a wellness-inspired royal engagement led by Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, at the historic Stadium Merdeka on 5 November 2025. The event, organised by ShekhinahPR, the leading agency in sports public relations and branding, in partnership with Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), aims to unite Malaysians in a celebration of wellness, community, and national pride. The symbolic walk will bring together 150 invited guests, largely made up of Malaysia’s sporting legends and veterans who have carried the Jalur Gemilang with pride on the international stage.

Most Viewed

Mazda unveils Vision X-Coupe and Vision X-Compact

Mazda Motor Corporation has taken centre stage at the Japan Mobility Show 2025 with the unveiling of two concept models — the MAZDA VISION X-COUPE and the MAZDA VISION X-COMPACT. Both models represent Mazda’s forward-looking theme for this year’s exhibition: “The Joy of Driving Fuels a Sustainable Tomorrow.” The MAZDA VISION X-COUPE is a crossover coupe that brings the brand’s KODO – Soul of Motion design language to a new level of sophistication. It’s a striking expression of Mazda’s belief that driving pleasure and sustainability can coexist.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img