the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
27.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mekanik dipenjara tiga tahun, sebatan kerana rompak wanita Indonesia

Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah merompak telefon bimbit dan wang tunai RM1,000.

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mohamad Hasrul Aiman Mohd Hanapi, 24, mengaku bersalah merompak dua telefon bimbit dan wang tunai RM1,000 milik seorang wanita warga Indonesia.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 21 Disember lepas.

Tertuduh bersama seorang rakan melakukan rompakan di sebuah kafe di Jalan Langkawi, Setapak pada 3.32 petang, 5 November lepas.

Rakan sejenayahnya didakwa berasingan atas kesalahan yang sama.

Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Wafa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mohamad Hasrul yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana menanggung keluarga dan ibunya.

Di mahkamah sama, prebet Muhammad Hairul Andika Amir, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak mangsa yang sama.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Muhammad Hairul dan menetapkan 22 Januari 2026 untuk sebutan kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Clintons to testify on Epstein in late February

Former President Bill Clinton and ex-Secretary of State Hillary Clinton are set to give filmed depositions to the House Oversight Committee in late February regarding Jeffrey Epstein’s connections and crimes.
spot_img

Popular Categories