the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka FC belum putuskan pengganti ketua jurulatih baharu

Melaka FC belum lantik ketua jurulatih baharu selepas Devan dan Subramaniam letak jawatan, sementara pasukan berada di tangga kedua terbawah Liga Super

MELAKA: Melaka FC masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan ketua jurulatih baharu susulan peletakan jawatan K. Devan dan penolong jurulatih S. Subramaniam.

Pengurus pasukan Muhammad Najmi Mohd Nordin berkata Devan telah mengemukakan surat peletakan jawatan sehari selepas perlawanan menentang Imigresen FC dengan memberikan alasan masalah peribadi dan pihak pengurusan menghormati keputusan itu.

“Subramaniam pula menyerahkan surat peletakan jawatan malam tadi selepas perlawanan Melaka FC menentang Selangor FC… sebelum itu, beliau mengetuai pasukan pada perlawanan itu memandangkan ketua jurulatih sementara Mohd Asri Ninggal berada di United Kingdom atas urusan tertentu. 

“Pihak kelab bagaimanapun tidak pernah meminta beliau meletakkan jawatan dan kami juga telah memintanya mempertimbangkan semula keputusan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Muhammad Najmi berkata Subramaniam juga tidak mempunyai sebarang isu dengan pengurusan Melaka FC dan keputusan berkenaan adalah atas pertimbangan peribadi beliau.

Beliau ketika mengulas perancangan pasukan itu berkata pihak pengurusan masih belum mengadakan mesyuarat rasmi bagi membincangkan pengganti ketua jurulatih dan setakat ini belum mempunyai calon muktamad walaupun terdapat beberapa jurulatih yang menyatakan minat.

“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan kerana belum ada perbincangan terperinci, namun pihak kelab sedar keperluan untuk melantik pengganti baharu demi memastikan persiapan pasukan berjalan lancar bagi baki beberapa perlawanan dalam Liga Super,” katanya.

Melaka FC kini berada di tangga kedua tercorot daripada 13 pasukan bertanding dalam saingan Liga Super bagi musim ini selepas hanya mengumpul enam mata daripada 12 perlawanan.

engumpul enam mata daripada 12 perlawanan setakat ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings