Monday, November 24, 2025
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MHO minta SPRM siasat syarikat rugikan pelabur hampir RM105 juta

 MHO minta SPRM siasat syarikat pelaburan disyaki rugikan 276 pelabur hampir RM105 juta melalui skim saham hartanah dan i-RPS

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap beberapa syarikat yang dipercayai menawarkan program pelaburan sehingga menyebabkan 276 individu mengalami kerugian hampir RM104.9 juta.

Setiausaha Agung Datuk Hishamuddin Hashim berkata MHO telah menerima aduan daripada kesemua mangsa yang mengalami pelbagai permasalahan setelah menyertai program pelaburan saham hartanah dan pelaburan Saham Boleh Tebus Syariah (i-RPS) dianjurkan beberapa syarikat tempatan. 

“Mangsa mendakwa pihak syarikat disyaki mengambil kesempatan, mencuri dan menggunakan modal pelaburan yang diberikan oleh mereka kepada syarikat bagi tujuan selain daripada yang diterangkan dan dimaklumkan kepada mereka. 

“Mangsa memohon agar SPRM dapat melakukan siasatan menyeluruh berkaitan permasalah yang dihadapi di bawah Seksyen 18 Akta SPRM,” katanya dalam sidang media ketika hadir membuat laporan rasmi bersama mangsa di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. 

Beliau berkata modus operandi syarikat-syarikat itu adalah dengan menggunakan individu terkenal bagi menyakinkan pelabur untuk menyertai mereka. 

“Mereka menggunakan penama hebat. Ada (dipercayai) menggunakan pengarah syarikat bergelar ‘Tan Sri’ dan penasihat syariah yang berwibawa menyebabkan pengadu tertarik untuk membuat pelaburan,” katanya.

Hishamuddin berkata mangsa sedia memberikan kerjasama penuh kepada SPRM termasuk penyediaan dokumen lengkap. 

“SPRM tolongan jangan (kenakan) NFA (tiada tindakan lanjut) dalam kes ini, buka kertas siasatan dan teliti dokumen berkaitan,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Keeping the government on track and principled

Walking a tightrope between loyalty and accountability, Malaysia’s backbench MPs must support the government while ensuring policies meet the rakyat’s real-life challenges, says chairman of the Government Backbenchers Club (BBC), in an exclusive interview with theSun
spot_img

Popular Categories