the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 2, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mindef tidak lindungi rasuah, tolak tuduhan tanpa bukti

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled tegas Mindef tidak kompromi rasuah, siasatan dijalankan, tetapi tolak tuduhan tanpa bukti yang jejas nama ATM.

KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan (Mindef) tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya memandang serius setiap aduan berkaitan rasuah dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan mengikut lunas undang-undang.

“Semestinya kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa khususnya dalam Mindef,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Majlis Ramah Mesra Komuniti Kampung Makan di sini.

Beliau menegaskan bahawa setiap aduan akan diambil serius namun tuduhan tanpa bukti hanya akan menjejaskan kredibiliti dan nama baik ATM.

Justeru, tindakan tegas wajar diambil bagi membersihkan nama baik ATM dan mengelakkan dakwaan tidak berasas dijadikan modal untuk meraih populariti.

Sebelum ini, aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa seorang pegawai kanan ATM disyaki terbabit dalam isu pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mengulas perkembangan itu, Mohamed Khaled berkata pegawai kanan berkenaan telah diarahkan bercuti bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Pegawai tersebut diminta bercuti dan tidak mempunyai sebarang peranan atau kuasa… siasatan adalah urusan SPRM,” katanya.

Beliau menambah bahawa setakat ini, kementerian belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenainya.

Ditanya mengenai keperluan pegawai ATM membuat pengisytiharan harta, Mohamed Khaled berkata Mindef sentiasa mendapatkan pandangan agensi berkaitan sebelum sebarang pelantikan dibuat.

“Kita sentiasa merujuk agensi dan jabatan berkaitan termasuk SPRM bagi memastikan setiap pelantikan dibuat dengan teliti serta berintegriti,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories