the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 29, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MOT laksanakan projek RM1 juta naik taraf Kampung Panchor dan Kampung Baru Paroi

Kementerian Pengangkutan laksanakan projek infrastruktur dan komuniti bernilai hampir RM1 juta di Kampung Panchor dan Kampung Baru Paroi, Seremban

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Kampung Panchor dan Kampung Baru Paroi di sini menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bagi Kampung Panchor, projek bernilai hampir RM1 juta telah diluluskan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Tiga inisiatif utama dilaksanakan iaitu naik taraf taman permainan serta pagar keselamatan di Perumahan Rakyat Panchor.

Projek lain termasuk pembinaan arca baharu di pintu masuk Rumah Rakyat Panchor dan pemasangan pagar keselamatan di Surau Taman Jemerleng Indah.

Loke berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program 3 MADANI peringkat kementerian di sini hari ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan turut melaksanakan projek penting termasuk membaik pulih longkang pecah.

Mereka juga menaik taraf gelanggang futsal yang rosak dan membersihkan pokok liar yang berisiko demi keselamatan penduduk.

Bagi Kampung Baru Paroi, kerja menaik taraf infrastruktur sukan dan komuniti sedang giat dilaksanakan.

Kerja tersebut termasuk menaik taraf gelanggang bola keranjang dan tandas awam serta membina papan tanda pengenalan kampung baharu.

Kementerian juga berperanan sebagai mediator untuk memudahkan urusan rakyat dengan agensi berkaitan.

Ini termasuk membantu permohonan pertukaran status tanah dan menyelesaikan isu paip sambungan air.

Menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI, sejumlah RM100,000 diperuntukkan bagi membantu beberapa sekolah di daerah ini.

Peruntukan di SMK Seri Ampangan digunakan untuk membekalkan aset Google TV bagi pembelajaran digital.

Ia juga untuk menyokong aktiviti pembinaan pasukan guru serta kerja menurap jalan dan tempat parkir.

Di bawah JPJ negeri, tumpuan diberikan kepada SMK Panchor dan SK Panchor untuk menaik taraf pusat sumber dan makmal komputer.

Agensi itu turut menambah perolehan peralatan sukan di sekolah terbabit.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyantuni SMK Teriang Hilir di Jelebu menerusi program pemantapan profesionalisme guru.

Mereka juga melaksanakan naik taraf kemudahan sedia ada dan penganjuran majlis graduasi serta sumbangan peralatan sukan.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) turut menyalurkan peruntukan RM100,000 kepada SK Mantin.

Peruntukan itu bagi menyokong aktiviti akademik, kokurikulum, hal ehwal murid serta penambahbaikan infrastruktur untuk manfaat 1,388 murid. – Bernama

Related

spot_img

Latest

FSBM MD Pang Kiew Kun steps down after delivering PN17 turnaround

During his tenure, Pang repositioned FSBM from a traditional technology services provider into a smart manufacturing and AI-driven solutions company, with a focus on supporting Malaysian manufacturers and SMEs in Industry 4.0 adoption.

Malton, Dongguan Benling Vehicle Technology sign MoU to study EV motorcycle assembly in Malaysia

Property developer Malton Bhd is exploring diversification into sustainable transportation through a new collaboration with Chinese electric motorcycle manufacturer Benling Vehicle, as both parties assess the viability of setting up a local assembly hub to serve Malaysia and the wider Asean market.

DXN’s underlying growth stays strong despite currency headwinds

Excluding currency translation effects, the group recorded a strong normalised year-on-year growth of 14.5%, underpinned by robust local-currency demand across Latin America, India and the Middle East. While EBITDA and net profit moderated due to higher aircraft leasing costs and the absence of prior-year one-off gains, DXN maintained solid cash generation, declared dividends with a 59.5% payout ratio, and continued advancing its vertically integrated expansion strategy across Latin America to support long-term growth and supply chain resilience.

DHL Supply Chain expands operations in Senai Airport City to support growing demand in industrial, logistics ecosystem

DHL Supply Chain Malaysia has commenced operations at its new Malaysia South Region Hub 2 in Senai Airport City, marking its second major logistics investment in Johor. The 18,660-square-metre facility, completed within a year, is fully occupied by key investors and strengthens DHL’s capacity to support advanced manufacturing and technology-driven supply chains in the region, while reinforcing Senai Airport City’s growing integrated industrial and logistics ecosystem.

Asian Financial Forum concludes successfully in Hong Kong, gathering over 4,000 global business leaders and officials

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 January 2026 - The Asian Financial Forum (AFF), Asia's flagship annual financial event, successfully wrapped up its 19th edition yesterday (January 27), following two days of high-powered discussions and intelligence sharing involving more than 4,000 business leaders and officials from over 60 countries and regions.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories