Monday, November 24, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MRL siap siaga hadapi musim tengkujuh di laluan ECRL

MRL bersedia salur bantuan banjir melalui laluan ECRL, kenal pasti kawasan berisiko di Terengganu dan Kelantan semasa musim tengkujuh.

KUALA TERENGGANU: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini bagi memastikan bantuan dapat disalurkan segera sekiranya berlaku bencana banjir di kawasan laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata pihaknya telah membuat persediaan awal di semua peringkat bagi memastikan operasi dan laluan projek tidak terjejas.

“Di peringkat kita, persediaan telah dibuat bagi memastikan sekiranya berlaku sebarang kejadian, bantuan dapat disalurkan melalui ECRL seperti mana dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya,” katanya selepas lawatan kerja di Stesen ECRL Kuala Terengganu.

Beliau menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan sokongan dan bantuan dapat disampaikan ke kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berpotensi dilanda banjir.

Darwis berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko tinggi yang berpotensi terjejas setiap kali musim tengkujuh khususnya di jajaran Terengganu dan Kelantan.

“Setakat ini hampir keseluruhan jajaran di Terengganu berpotensi terjejas namun paling kritikal seperti tahun lepas ialah kawasan Pasir Puteh di Kelantan,” jelasnya.

Beliau menambah faktor cuaca dan musim tengkujuh telah diambil kira dalam perancangan serta jadual penyiapan projek ECRL.

Sebahagian besar kawasan berisiko telah dikenal pasti dan tindakan mitigasi sewajarnya diambil bagi mengurangkan kesan banjir terhadap komuniti setempat dan kerja-kerja pembinaan projek.

“Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan masih ada kawasan lain yang berpotensi terjejas,” katanya.

Beliau menegaskan sekiranya insiden berlaku disebabkan oleh kerja-kerja ECRL maka mereka akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan melaksanakan tindakan pembetulan segera.

Sementara itu, Darwis berkata kemajuan keseluruhan projek ECRL kini telah mencapai 88.08% manakala bagi jajaran di Terengganu sudah mencecah 93.55%.

“Bagi dua stesen yang dilawati hari ini iaitu Stesen Bandar Permaisuri telah siap 77% manakala Stesen Utama Kuala Terengganu pula berada pada tahap 68%,” katanya.

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap Disember 2026 dan beroperasi Januari 2027.

Fasa 2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang dijangka siap Disember 2027 bagi membolehkan keseluruhan projek beroperasi sepenuhnya Januari 2028. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Oxford Innotech posts steady Q3 results as new orders, Penang expansion drive outlook

Oxford Innotech Bhd’s third-quarter performance remained within expectations, with RM13.9 million in revenue and improved underlying profitability. With a rising number of FAIR approvals converting into mass-production orders and expanded capacity at Penang Science Park coming online, the group anticipates stronger contributions in the coming quarters despite external trade uncertainties.

Oasis Home Holding secures exclusive online rights for FIFA World Cup 2026 merchandise

Through a new agreement with Esteem International, Oasis Home Holding Bhd will exclusively distribute authentic FIFA World Cup 2026 merchandise online in Malaysia. The company plans to leverage livestreaming, creator partnerships and its strong TikTok Shop presence to deliver wider access and a more engaging shopping experience for local football fans.

Most Viewed

Keeping the government on track and principled

Walking a tightrope between loyalty and accountability, Malaysia’s backbench MPs must support the government while ensuring policies meet the rakyat’s real-life challenges, says chairman of the Government Backbenchers Club (BBC), in an exclusive interview with theSun

AIA Unveils “On Your Side” Critical Illness Protection Series Featuring Multiple First-in-Market Coverages

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - AIA Hong Kong & Macau announces the launch of its new "On Your Side" Critical Illness Protection Series products, offering customers flexible and caring health protection solutions tailored to the diverse needs across different life stages.
spot_img

Popular Categories