the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Negara akan harungi gelora ekonomi melalui daya usaha baharu di bawah naungan Sultan Ibrahim – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, negara akan mengharungi liku gelora ekonomi dunia melalui prakarsa baharu yang mampan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah- langkah tegas seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI telah mencetus unjuran kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada 5.8 peratus bagi suku kedua tahun ini.

“Momentum segar ini diperkukuh dengan angka nilai perdagangan bernilai RM1.396 trilion.

“Sementara nilai pelaburan baharu yang diluluskan adalah sebanyak RM83.7 bilion untuk suku pertama tahun ini, yakni 13 peratus lebih tinggi berbanding RM74.1 bilion pada tahun lalu,” kata Anwar semasa menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini.

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan, 2024.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.8 peratus pada Suku Kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya dan merupakan pertumbuhan tertinggi sejak Suku Kedua 2022 pada 7.4 peratus.

Menurut laman web DOSM, pengumuman rasmi KDNK Suku Kedua 2024 akan diadakan pada 16 Ogos, 2024.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings