the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Negeri Sembilan lancar bantuan RM1,000 untuk pesakit kanser

Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM1 juta untuk KanserCare, beri insentif RM1,000 sekali beri kepada semua pesakit kanser kelahiran negeri

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM1 juta bagi KanserCare, iaitu Bantuan Pesakit Kanser, dengan pemberian insentif RM1,000 secara sekali beri kepada pesakit kanser di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun  berkata mana-mana anak kelahiran Negeri Sembilan yang menghidap kanser layak memohon peruntukan tersebut bermula tahun depan.

“Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli ubat, menampung keperluan makan minum atau kos pengangkutan semasa mereka mendapatkan rawatan.

“Bantuan ini bukan hanya untuk golongan B40 sahaja, tetapi semua pesakit kanser yang disahkan doktor layak membuat permohonan. Ini merupakan inisiatif baharu memandangkan bilangan pesakit kanser di negeri ini semakin membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu berkata, insentif lain di bawah Teras Kebajikan dan Kesihatan kekal diberikan dengan jumlah keseluruhan RM2.34 juta.

Beliau berkata ia termasuk bantuan rawatan pembedahan AV Fistula untuk pesakit kurang berkemampuan (RM0.50 juta), sentuhan prihatin Orang Kurang Upaya (RM0.22juta), Rumah Minda Ceria (RM0.12 juta) dan bantuan alat implan ortopedik (RM0.50 juta).

Terdahulu, Aminuddin membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM640 juta, dengan perbelanjaan pembangunan RM150 juta dan defisit sebanyak RM30 juta. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories