the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
20.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Nga Kor Ming terima teguran insiden sidang media, sedia jumpa wakil media

Menteri KPKT Nga Kor Ming terima teguran berhubung insiden sidang media I Lite U dan sedia jumpa wakil media untuk selesaikan isu.

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menerima dengan hati terbuka teguran berhubung insiden yang berlaku ketika sidang media prapelancaran program pencahayaan I Lite U.

Nga berkata beliau sedar kemungkinan wujudnya kekhilafan berlaku dalam kejadian itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Beliau bersedia untuk berjumpa dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan teratur.

“Selaku pemimpin saya ingin menegaskan bahawa saya sentiasa menghormati kebebasan media dan tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak terutamanya wartawan yang merupakan tonggak informasi Kerajaan Madani.

Objektif saya hanyalah untuk bersama-sama membina sebuah Malaysia masyarakat berbilang kaum yang inklusif, progresif dan sentiasa mengangkat martabat negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sokongan media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan inisiatif KPKT kepada rakyat seperti yang berlangsung selama ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Golden Horse Brings Auspicious New Chapter, Yung’s Bistro at K11 MUSEA Presents a Festive Feast Before Relocation

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 3 February 2026 - Yung's Bistro, the first contemporary brand of the renowned Yung Kee Restaurant Group, announces that, in line with mall development plans, its outlet at Shop 701, 7/F, K11 MUSEA will be relocating to another space on the same floor after mid March. The restaurant will continue to serve authentic Cantonese cuisine with a modern twist.
spot_img

Popular Categories