Monday, November 24, 2025
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nga, KPKT dan media sepakat jayakan agenda Malaysia MADANI

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kekalkan hubungan erat dengan media untuk sampaikan dasar kerajaan secara berkesan.

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata Kerajaan MADANI sentiasa mengutamakan kebebasan media dan sama sekali tidak pernah berniat untuk mengetepikan peranannya.

Beliau berkata hubungan erat serta persefahaman antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan media amat penting bagi memastikan penyampaian dasar serta inisiatif kerajaan dapat difahami dan diterima secara lebih inklusif serta berkesan.

Terdahulu, KPKT mengadakan sesi kudapan pagi bersama beberapa wakil persatuan media utama di pejabat kementerian itu di Putrajaya.

Sesi itu dihadiri oleh Nga, wakil Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Majlis Media Malaysia (MMM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).

“Sesi tersebut turut menjadi ruang perbincangan terbuka bagi pertukaran pandangan dan idea ke arah memperkukuh sinergi antara kementerian serta media dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” menurut kenyataan KPKT hari ini.

Antara yang hadir ialah Ketua Setiausaha KPKT Datuk Nor Azman Taib, Presiden NUJM Low Boon Tat dan Setiausaha Agung persatuan itu Teh Athira Mohamed Yusof.

Semalam, Nga memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau semasa prapelancaran projek pencahayaan I Lite U di Bukit Bintang baru-baru ini yang menimbulkan rasa terkilan dalam kalangan pihak media.

Rakaman video acara itu tular di media sosial yang memaparkan Nga menjawab soalan seorang wakil media dengan nada sedikit keras sehingga menerima kecaman pelbagai pihak termasuk NUJM dan Geramm. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Keeping the government on track and principled

Walking a tightrope between loyalty and accountability, Malaysia’s backbench MPs must support the government while ensuring policies meet the rakyat’s real-life challenges, says chairman of the Government Backbenchers Club (BBC), in an exclusive interview with theSun

Taiwan Medical Textile Alliance Expands into Thailand’s Healthcare Market with Innovative Functional Fabrics

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - Amid global market shifts and intensifying competition, Taiwan's leading functional and smart textiles expert, Asiatic Fiber Corporation, has united medical device manufacturers and textile suppliers to form the Taiwan Medical Textile Alliance
spot_img

Popular Categories