the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
27.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nilai amanah asas lahir generasi berakhlak dan berprinsip

Keluarga berasaskan amanah lahirkan generasi berakhlak tinggi dan penjawat awam berintegriti menurut Ketua Setiausaha Negara.

PUTRAJAYA: Nilai amanah perlu dijadikan asas dalam pembentukan keluarga bagi melahirkan generasi berprinsip dan tidak menyalahgunakan tanggungjawab, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata keluarga berasaskan nilai kasih sayang dan amanah bukan sahaja mewujudkan suasana rumah tangga sakinah malah membentuk generasi beriman dan berakhlak tinggi.

“Apabila nilai amanah dijadikan teras dalam keluarga, maka nilai itu akan menjadi asas dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Tahunan Agama Puspanita.

Beliau menekankan pembentukan akhlak perlu bermula dari rumah dengan ibu bapa sebagai teladan utama.

Program bertema ‘Keluarga Sakinah, Generasi Amanah’ itu membincangkan pengurusan keluarga berlandaskan nilai keagamaan.

Dalam konteks perkhidmatan awam, nilai amanah merupakan salah satu nilai M.A.L.A.Y.S.I.A di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

“Apabila setiap anggota perkhidmatan awam berpegang teguh kepada prinsip amanah, seluruh organisasi dan sistem pentadbiran negara akan berfungsi dengan lebih telus, adil dan saksama,” katanya.

Shamsul Azri yang juga Penasihat Puspanita memuji organisasi itu dalam inisiatif pemerkasaan penjawat awam dan wanita.

Beliau berkata Puspanita bukan sekadar pertubuhan kebajikan tetapi gerakan membina minda dan jiwa.

“Penganjuran program seperti ini membuktikan Puspanita sentiasa peka terhadap keperluan semasa bagi menyemai nilai agama dan moral dalam kerangka kemodenan,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

The Clearwater Bay Country Club Classic Car Show – Cars For Good 2025 Heritage Revived · Charity United

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - The Clearwater Bay Country Club Classic Car Show – Cars For Good 2025 will be held on Sunday, 7 December 2025, from 10:00 am to 4:00 pm at The Clearwater Bay Golf & Country Club, Hong Kong.

Belanjawan RM1.61 bilion Perak 2026 diluluskan

Dewan Undangan Negeri Perak meluluskan Belanjawan 2026 bernilai RM1.61 bilion, yang memfokuskan lima keutamaan termasuk kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories