the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen: KDN laksana kajian sistem NBCS, perkasa kawalan sempadan negara menggunakan AI

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBCS) bagi memperkasa penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kawalan keselamatan sempadan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata cadangan pembangunan NBCS ini adalah sebahagian langkah strategik KDN dalam memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara melalui teknologi terkini selari dengan perkembangan teknologi semasa dunia.

Beliau berkata sistem ini akan dilengkapi sistem pengawasan terkini dan teknologi AI bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan, proses kawalan pintar, penyebaran maklumat secara pantas dengan masa sebenar dan pengawasan berterusan demi keamanan, kestabilan dan keharmonian negara.

“Penggunaan berasaskan teknologi AI ini akan membolehkan pengesanan objek dilaksanakan dengan efektif, selain dapat mengelakkan penggera palsu serta ia dapat membantu pasukan keselamatan dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan kawalan keselamatan di sempadan.

“Buat masa ini KDN dalam pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan penggunaan sistem NBCS di bawah peruntukan Rolling Plan ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai apakah inisiatif kementerian bagi meningkatkan penggunaan teknologi, terutamanya melibatkan AI dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara untuk mengurangkan risiko berlakunya ancaman jenayah kepada negara.

Shamsul Anuar berkata kajian ini dilaksanakan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) melalui pelantikan pasukan penyelidik serta pakar daripada universiti awam yang telah bermula pada 7 Sept 2023 dan tempoh kajian adalah selama 14 bulan yang dijangka berakhir pada Nov ini.

Menjawab soalan tambahan Adnan mengenai adakah kementerian bercadang menaik taraf kemudahan di pintu masuk negara dengan menggunakan sistem pengecaman muka, Shamsul Anuar memaklumkan KDN kini sedang membangunkan sistem biometrik dengan keupayaan AI iaitu Automatic Biometric Identification System (ABIS) dan ia dijangka sedia untuk digunakan pada tahun 2026.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings