the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 17, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PDRM pastikan proses perolehan patuh prinsip tadbir urus baik

PDRM komitmen patuhi prinsip tadbir urus baik dalam semua proses perolehan demi kepentingan awam dan keyakinan masyarakat.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan setiap proses perolehan dilaksanakan mengikut prinsip tadbir urus yang baik.

Ini bagi memelihara kepentingan awam serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi keselamatan negara.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri berhubung urusan perolehan melibatkan pasukan itu.

BACA: PDRM digesa adaptasi AI perkukuh kecekapan operasi

“PDRM akan melaksanakan segala tindakan yang perlu secara profesional, telus dan berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan tindakan itu selaras dengan undang-undang, dasar serta arahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan pembekuan sementara keputusan perolehan ATM dan PDRM yang terkait isu rasuah.

Arahan itu berkuat kuasa sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories