Tuesday, November 11, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia 2025

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris hari ini.

Pencapaian ini membawa mereka selangkah lebih dekat untuk mencipta sejarah merangkul pingat sulung acara beregu wanita di kejohanan berprestij itu.

Pasangan nombor dua dunia itu memastikan pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam genggaman selepas menewaskan Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria.

Pearly-Thinaah meraih kemenangan set pertama dengan mata 21-15 sebelum melengkapkan kemenangan set kedua 21-10.

Keputusan itu turut memadam duka lama selepas kedua-dua mereka terkandas di suku akhir pada edisi 2023 di Copenhagen, Denmark.

Mereka akan berdepan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun di separuh akhir.

Pasangan Jepun itu mara selepas menewaskan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-17 dan 21-14. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories