the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taufan Fung-Wong putus bekalan elektrik hampir 3 juta isi rumah Filipina

Taufan Fung-Wong landa Filipina, putus bekalan elektrik 2.9 juta isi rumah, rosakkan 31 jalan raya, dan pindah 1.4 juta penduduk

MOSCOW: Taufan Fung-Wong telah menyebabkan hampir tiga juta isi rumah di Filipina terputus bekalan elektrik serta merosakkan lebih 30 jalan raya ketika pihak berkuasa bergegas memulihkan tenaga dan membersihkan sisa runtuhan, menurut Pentadbiran Elektrifikasi Nasional Filipina (NEA) pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Sebanyak 2,931,220 ahli-pengguna-pemilik sedang menunggu pemulihan perkhidmatan elektrik selepas taufan melanda,” menurut kenyataan agensi itu di media sosial.

Taufan berkuasa tinggi itu melanda bahagian timur laut Filipina pada Ahad, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mengakibatkan kira-kira 1.4 juta penduduk dipindahkan.

Menurut NEA, sekurang-kurangnya 20 syarikat utiliti elektrik di 12 wilayah terjejas telah mengisytiharkan gangguan bekalan elektrik sepenuhnya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya Filipina melaporkan kerosakan pada 31 jajaran jalan raya di lapan wilayah. Semua sumber yang ada telah digerakkan di seluruh negara bagi membersihkan dan membaiki infrastruktur terjejas.

Susulan taufan itu, Presiden Ferdinand Marcos Jr. mengarahkan agensi kerajaan memberi keutamaan kepada pemindahan penduduk, bantuan perubatan, pembersihan sisa runtuhan serta kerja pembinaan semula jalan raya, menurut kenyataan jurucakap beliau, Claire Castro.

Pentadbiran Meteorologi China turut menggesa penduduk supaya bersedia untuk kemungkinan pemindahan dan menyediakan kit kecemasan menjelang ketibaan Taufan Fung-Wong. Tindakan balas kecemasan Tahap 3 – iaitu tahap kedua tertinggi – telah diaktifkan. – Bernama-Sputnik/Ria Novosti

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings