the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pelajar PhD rugi RM850,000 ditipu sindiket panggilan telefon palsu

GEORGE TOWN: Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) di sebuah universiti di sini mengalami kerugian hampir 850,000 ringgit selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa China.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki warganegara China berusia 29 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Khamis lepas.

Mangsa mendakwa kejadian bermula selepas dia dihubungi seorang lelaki pada 10.30 pagi 4 Ogos lepas yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Biro Keselamatan Awam Shanghai.

“Suspek mengatakan terdapat bungkusan mengandungi kad pengenalan, kad kredit dan buku cek menggunakan nama mangsa dihantar dari Malaysia ke China dan dokumen itu telah ditahan oleh pihak polis Shanghai.

Mangsa seterusnya disambungkan kepada seorang lagi individu yang mengaku sebagai pegawai Biro Keselamatan Awam Hon An memaklumkan bahawa akaun banknya turut disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan dalam talian di China.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat pemindahan wang ke beberapa akaun bank dan e-dompet yang diberikan kononnya untuk tujuan siasatan.

Mangsa membuat 30 transaksi pindahaan wang ke 11 akaun bank tempatan dan tiga akaun mata wang kripto berjumlah keseluruhan 847,843 ringgit sepanjang tempoh 6 hingga 26 Ogos lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Changhong Resmi Luncurkan AC Guardian Series (NVS dan L4S)

SURABAYA, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 23 Desember 2025 - Changhong meluncurkan Guardian Series, lini AC Standard Premium yang menekankan ketahanan material, efisiensi operasional, dan perlindungan jangka Panjang pada Rabu, 17 Desember 2025.

Most Viewed

UnionPay International rolls out year-end holiday initiatives across 26 countries and regions worldwide

UnionPay International has rolled out over 170 year-end promotional activities across 26 countries and regions, covering more than 100,000 merchants worldwide and offering discounts of up to 33% to enhance holiday travel and spending experiences.
spot_img

Popular Categories