the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemakaian pelitup muka dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan: Radzi

KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Menerusi video di Facebooknya, Radzi berkata namun demikian, pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat ramai orang.

“Selain itu, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan untuk memakai pelitup pada setiap masa.

“Apa yang paling penting, kita pastikan keadaan sekolah selamat,“ katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata maklumat lanjut berkaitan pemakaian pelitup muka di sekolah akan disertakan dalam kenyataan media yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Radzi berkata demikian berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) pada 7 Sept lepas yang menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings