the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemandu dalam kemalangan maut UniSZA ada rekod rawatan psikiatri

Pemandu Honda Jazz yang merempuh pelajar UniSZA sehingga maut disahkan menghidap gangguan kemurungan utama dan pernah menjalani rawatan psikiatri sebelum kejadian.

KUALA TERENGGANU: Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan menghidap Major Depressive Disorder (MDD).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata suspek berusia 32 tahun itu mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak Januari 2025.

Beliau berkata lelaki itu kini dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital sama akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan.

“Suspek masih hidup, belum meninggal dunia seperti yang tular menerusi media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan mendapati sebelum kemalangan, suspek telah mencuri barangan dan wang tunai RM200 daripada sebuah kereta yang diparkir di sekitar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Selepas itu, suspek memandu keretanya dan memecut sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Kemajuan seperti yang tular dalam rakaman papan pemuka.

Semakan Jabatan Pengangkutan Jalan mendapati kereta Honda Jazz itu adalah milik adik suspek dan bukan kenderaan curi.

Azli mengingatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih bagi menghormati keluarga mangsa dan suspek.

“Suspek akan ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 apabila sihat sepenuhnya,” katanya.

Dalam kejadian pada 1.55 tengah hari semalam, mangsa Syakirah Hanan Mazli, 25, ingin membelok ke kanan sebelum dirempuh oleh Honda Jazz yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan di UniSZA itu maut di lokasi kejadian.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories