the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu, dua penumpang maut bas ekspres terbabas

KUANTAN: Tiga lelaki maut selepas bas ekspres dua tingkat dinaiki mereka terbabas di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa, kira-kira 90 kilometer dari Kuala Lipis, awal pagi tadi.

Mereka yang meninggal dunia ialah pemandu bas Ab Aziz Daud, 63, dan dua penumpang iaitu Mohd Syukri Mat Noor, 55, serta Hossain Kamal, 41, yang merupakan warga Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata kemalangan berlaku pada 1.50 pagi semasa bas yang membawa 18 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.

“Bas itu dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkan terbabas ke bahu jalan,“ katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian juga menyebabkan enam lagi penumpang dan pemandu kedua bas itu cedera, selain bahagian kiri bas remuk.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata seramai 24 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dan Gua Musang, Kelantan dikejarkan ke tempat kejadian. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings