the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
28 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemilik kenderaan asing isi RON95 hadir bantu siasatan polis

Pasangan warga asing berusia 60-an hadir ke IPD Kulai bantu siasatan isu isi minyak RON95 selepas video tindakan mereka tular di media sosial.

KULAI: Pemilik kenderaan asing yang didakwa mengisi minyak RON95 dengan taktik menutup nombor pendaftaran telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya segera.

“Individu berkenaan seperti mana yang terdapat dalam video (tular melalui laman sosial) merupakan pasangan suami isteri berusia 63 dan 67 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Polis semalam melaporkan berjaya mengesan dan menghubungi pemilik kenderaan berstatus penduduk tetap (PR) yang berada di Singapura itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 30 saat menerusi media sosial memaparkan tindakan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sedang mengisi RON95.

Video itu berjaya dirakam oleh seorang individu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan di sebuah stesen minyak susulan aduan.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata tindakan diambil di bawah Pelanggaran Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Tindakan itu kerana disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan iaitu larangan penjualan minyak Petrol RON 95 kepada kenderaan pendaftaran asing.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories