the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong beri nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat baharu

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Sultan Ibrahim tekankan integriti dan amanah kepada Panglima Tentera Darat baharu, nyatakan rasuah musuh utama angkatan tentera

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat (PTD) baharu, Jeneral Datuk Azhan Md Othman, supaya memastikan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) berpegang teguh kepada nilai integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa rasuah merupakan musuh utama kepada kekuatan dan kredibiliti angkatan pertahanan negara, dan sebarang bentuk salah guna kuasa atau penyelewengan tidak boleh diterima sama sekali.

Seri Paduka Baginda, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, turut mengingatkan bahawa kepemimpinan yang berintegriti bermula dari peringkat tertinggi, dan PTD hendaklah menjadi contoh teladan dalam membudayakan tadbir urus yang bersih, telus serta bertanggungjawab.

Menurut hantaran berkenaan, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar TDM terus dihormati dan diyakini rakyat sebagai angkatan yang profesional serta bebas amalan rasuah demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali saya menegaskan mengenai ‘orang tengah’ atau ejen di Kementerian Pertahanan…sepatutnya mereka semua ini tidak boleh dibenarkan masuk,” titah Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap PTD yang baharu di Istana Bukit Tunku di sini hari ini.

Azhan secara rasmi dilantik sebagai PTD ke-31 berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Pelantikan itu adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang bersidang pada 19 Nov 2025 dan diperkenankan Sultan Ibrahim pada 1 Dis 2025.

Beberapa keping foto pertemuan Sultan Ibrahim dengan Azhan turut dimuat naik bersama hantaran berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV Technologies Appoints Veteran Mining Executive John C. McConnell to Board of Directors and...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce the appointment of John C. McConnell to its Board of Directors, effective July 14th, 2026.

Founders Metals Provides Mid-Year Exploration Update Across Four Targets; Confirms New Antino Northeast Discovery...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - Founders Metals Inc. (TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces surface exploration and drilling results from its fully funded 70,000-metre drill program at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname (Figure 1).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings