the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemilik syarikat didenda RM15,000 miliki diesel melebihi had

Pemilik syarikat pengangkutan didenda RM15,000 dan boleh dipenjara 8 bulan kerana memiliki 5,940 liter diesel, melebihi had permit 2,000 liter.

IPOH: Seorang pemilik syarikat pengangkutan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki minyak diesel melebihi kuantiti dibenarkan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad juga memerintahkan orang kena saman itu dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah memerintahkan wang hasil jualan minyak dan semua barang rampasan dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia melalui KPDN.

Lori yang terlibat pula dipulangkan semula kepada pemilik asal.

Mengikut pertuduhan, Chin Wei Sin Vincent, 47, yang memegang permit barang kawalan berjadual gagal mematuhi syarat permit tersebut.

Beliau didapati memiliki 5,940 liter minyak diesel, melebihi kuantiti yang dibenarkan iaitu 2,000 liter.

Kesalahan itu dilakukan di premis Vincent Chin Enterprise di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, Batu Gajah pada pagi 8 Mac 2024.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesalahan itu boleh dihukum dengan denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya memohon denda RM15,000 serta perintah lucut hak terhadap wang hasil jualan berjumlah RM17,701.20, empat tangki IBC dan dua pam penyedut minyak.

OKS yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah mengurangkan jumlah denda kerana dia merupakan penyara utama keluarga.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories