the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penduduk Gua Musang diminta bersiap siaga hadapi risiko banjir

Lebih 100,000 penduduk Gua Musang dinasihat bersiap siaga hadapi banjir, simpan dokumen penting di tempat selamat akibat hujan berterusan

GUA MUSANG: Lebih 100,000 penduduk di daerah ini dinasihatkan supaya berada dalam keadaan bersiap siaga berikutan hujan berterusan di beberapa kawasan.

Risiko banjir dan tanah runtuh meningkat dengan tumpuan diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi.

Kawasan berisiko termasuk pinggir sungai, cerun bukit serta penempatan Orang Asli di pedalaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang Mohd Roshdi Ismail berkata pihaknya memandang serius aspek keselamatan penduduk.

“Beberapa kampung sudah dinaiki air sejak semalam, malah terdapat kawasan pedalaman yang terputus jalan perhubungan,” katanya.

Beliau menasihatkan penduduk sentiasa bersedia dan memastikan dokumen penting disimpan di tempat selamat.

“Kita kini memasuki Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat berterusan.”

Bagi penduduk Orang Asli di pedalaman, mereka perlu lebih berhati-hati terhadap risiko tanah runtuh.

“Mereka perlu bergerak secara berkumpulan jika perlu memasuki hutan,” tambah Mohd Roshdi.

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak meredah limpahan air sungai di jalan atau laluan kampung.

Langkah berjaga-jaga ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini semasa musim banjir.

Semalam, Bernama melaporkan lebih 100 kawasan rendah di lima jajahan di Kelantan diramal berdepan banjir.

Risiko banjir dijangka berterusan sehingga 30 November ini.

Kawasan terjejas termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

Vietnam Is Shining, and Can Gio Is the Hidden Jewel Awaiting Its Moment

CAN GIO, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 25 December 2025 - In 2024, when Hines released its seminal report Why Asia Now, the message was simple yet profound: The world's most compelling growth story was shifting eastward.
spot_img

Popular Categories