the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
24.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penghantar barang mengaku cederakan wartawan sukan di mahkamah

Seorang penghantar barang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencederakan wartawan sukan Haresh Deol di Bangsar.

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar barang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan wartawan sukan Haresh Deol.

R. Krishnan, 37, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di depan Bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, Bangsar pada 25 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari depan untuk mendengar fakta kes.

Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Mohamad Salihen Mastor memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya bekerja sebagai penghantar barang berpendapatan RM40 sehari.

“Anak guam saya perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta enam anak yang masih bersekolah,” katanya.

Goh tidak membantah syarat tambahan melapor diri di balai polis yang dimohon peguam.

Haresh, yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan dan pengasas bersama portal TwentyTwo13, sebelum ini memaklumkan beliau diserang oleh dua lelaki ketika menuju ke keretanya.

Seorang lagi individu merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Visa Study Reveals Growing Adoption of Real-Time Payments in Southeast Asia, Underscoring Need for Stronger Security and Trust

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - Real-time payments (RTPs) are becoming an integral part of everyday transactions across Southeast Asia, according to a regional study written in partnership with the Global Finance & Technology Network (GFTN), Nextrade Group, and the Visa Economic Empowerment Institute (VEEI).

Most Viewed

spot_img

Popular Categories