Monday, November 24, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurus pajak gadai disyaki dalang rompakan RM5.7 juta di Pasir Mas

PASIR MAS: Seorang pengurus wanita yang berkhidmat selama 17 tahun di sebuah pajak gadai disyaki menjadi dalang rompakan barang kemas bernilai RM5.7 juta di tempat kerjanya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata wanita berusia 40-an itu dipercayai mengkhianati kepercayaan majikannya dengan merancang rompakan bersama teman lelakinya.

Polis menahan lima individu lain termasuk empat pekerja dan seorang pengawal keselamatan bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 66 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Pasir Mas, Kota Bharu dan Rawang.

Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima laporan mengenai rompakan itu pada tengah hari Selasa lepas.

Suspek lelaki menggunakan modus operandi dengan menyembur cecair pembasmi kuman dan mengacukan pisau terhadap pelanggan sebelum melarikan barang kemas.

Hasil siasatan awal menunjukkan kejadian itu dirancang dengan teliti oleh pengurus bersama teman lelakinya.

Operasi pertama dijalankan di Pasir Mas pada hari kejadian dengan penahanan empat wanita dan seorang lelaki yang juga pekerja.

Serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah di Rawang, Selangor dengan penahanan seorang lelaki berusia 49 tahun.

Polis merampas dua bilah pisau, cecair pembasmi kuman dan sejumlah wang tunai dalam serbuan tersebut.

Berdasarkan maklumat suspek, polis melancarkan serbuan ketiga di sebuah rumah di Kota Bharu pada Sabtu lepas.

Dalam serbuan itu, polis menemui 933 plastik berisi barang kemas bernilai RM5.7 juta.

Polis turut menahan pengurus wanita dan pemilik rumah terbabit dalam serbuan ketiga.

Kesemua suspek kini direman hingga Khamis untuk siasatan lanjut.

Siasatan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

PM Anwar receives 19-gun salute in Kenya

Prime Minister Anwar Ibrahim was honoured with a 19-gun salute during his official welcome at Kenya's State House, highlighting growing bilateral ties between Malaysia and its third-largest African trading partner.

Oxford Innotech posts steady Q3 results as new orders, Penang expansion drive outlook

Oxford Innotech Bhd’s third-quarter performance remained within expectations, with RM13.9 million in revenue and improved underlying profitability. With a rising number of FAIR approvals converting into mass-production orders and expanded capacity at Penang Science Park coming online, the group anticipates stronger contributions in the coming quarters despite external trade uncertainties.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories