the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pengurus perancang rugi RM314,000 akibat pelaburan tidak wujud dalam talian

ALOR SETAR: Seorang pengurus perancang berusia 43 tahun mengalami kerugian lebih RM314,000 akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian sejak April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Loi Yew Lik berkata mangsa telah tertarik dengan tawaran pelaburan yang diiklankan di Facebook.

“Mangsa telah menekan pautan yang tertera pada iklan tersebut sehingga menyertai pelaburan atas nama CMB International Capital dan berhubung dengan beberapa individu melalui aplikasi WhatsApp dengan nombor disyaki dari luar negara.”

“Individu yang berkenaan telah menjanjikan mangsa akan menerima pulangan sebanyak 570% dalam masa dua hingga tiga minggu pada setiap modal yang dilaburkan.”

Mangsa yang percaya dengan janji tersebut telah memasukkan wang secara berperingkat berjumlah RM314,100 kepada tiga akaun berbeza bermula 4 Ogos hingga 23 September lepas.

Pada awalnya mangsa menerima pulangan pelaburan sebanyak RM5,000 namun selepas itu tidak menerima apa-apa dan terus diminta untuk memasukkan wang tambahan.

“Mangsa berasa curiga dan menyedari telah ditipu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada 8.15 malam tadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.”

Loi berkata pihaknya mendapati syarikat CMB International Capital wujud serta didaftarkan di Hong Kong namun disyaki disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

Dalam kes berasingan, seorang pesara guru wanita mengalami nasib sama apabila kerugian RM160,000 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud sejak Julai lepas.

Mangsa telah tertarik dengan iklan pelaburan Syarikat Principal Malaysia 204 sebelum menekan pautan dan berurusan dengan seorang individu menerusi WhatsApp.

“Pada awalnya mangsa telah melabur sebanyak RM224 dan dijanjikan dalam tempoh tiga jam akan mendapat keuntungan sebanyak RM23,000.”

Mangsa kemudian telah membuat transaksi pindahan wang sebanyak RM244 ke sebuah akaun bank pada 2.59 petang, 22 Julai lepas.

Selepas tiga jam mangsa dimaklumkan pelaburan telah berjaya dan mendapat pulangan sebanyak RM23,000, namun mangsa terlebih dahulu diminta membuat pelbagai bayaran bagi mengeluarkan wang tersebut.

Mangsa telah membuat sebanyak 49 transaksi pindahan wang berjumlah RM160,000 ke 30 akaun berbeza sehingga 3 September lepas sebelum menyedari ditipu.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 11.45 pagi semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Loi berkata orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian dan disaran menyemak dengan pihak polis dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kepada pihak tidak dikenali.

Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi Semak Mule, Facebook JSJK PDRM atau menghubungi National Scam Response Centre di talian 997. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Nissan Bets on Motorsport, NISMO and Heritage to Reinforce Brand Identity

Nissan is stepping up efforts to strengthen its global brand image by placing renewed emphasis on motorsport, expanding its NISMO performance range and tapping into the growing heritage and restoration scene. The initiatives, announced by Nissan Motor Co., Ltd. together with Nissan Motorsports & Customisation Co., Ltd. (NMC), form part of the wider Re:Nissan product strategy, where so-called “heartbeat models” are positioned as emotional flag-bearers that reflect the company’s performance-focused DNA.Motorsport remains central to this approach, with Nissan continuing to treat racing as both a proving ground and a development platform. Technologies and driving know-how honed in top-level competitions such as Super GT and Formula E will continue to flow directly into road cars under the long-standing philosophy of transferring lessons from the track back to everyday driving. Nissan also plans to maintain its presence in endurance racing series like Super Taikyu while exploring opportunities in new racing categories to broaden its technical and competitive experience.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories