the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengurus syarikat rugi RM2.54 juta dalam penipuan panggilan telefon

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Seorang pengurus syarikat swasta di George Town kerugian RM2.54 juta selepas terpedaya sindiket penipuan panggilan telefon menyamar pegawai siber.

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM2.54 juta selepas terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki berusia 54 tahun itu membuat laporan polis pada Ahad lepas.

Mangsa menerima panggilan pada 21 Februari daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai siber sekuriti.

Pemanggil mendakwa terdapat 16 aduan terhadap nombor telefon mangsa yang terlibat dalam tipu pelaburan.

Mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman.

Suspek itu mendakwa waran tangkap telah dikeluarkan ke atas mangsa kerana disyaki pengubahan wang haram.

Mangsa kemudiannya diarahkan untuk membuka tiga akaun bank berbeza.

Azizee memaklumkan suspek meminta mangsa meletakkan kad ATM dan nombor pin dalam sampul di hadapan rumah.

Suspek berjanji wang dan kad ATM akan dipulangkan selepas siasatan selesai.

Mangsa membuat 12 pindahan wang ke dalam akaun tersebut dari 4 Mac hingga 22 September.

Suspek meminta bayaran tambahan sehingga mangsa kehabisan wang pada 13 Disember.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan rangkaian sindiket penipuan itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Most Viewed

spot_img