the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Peniaga rugi lebih RM278,000 angkara penipuan dalam talian

KUANTAN: Seorang peniaga kerugian lebih RM278,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian tidak wujud minggu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya mangsa iaitu lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kononnya wakil daripada sebuah institusi latihan kerajaan.

Beliau berkata suspek telah membuat tempahan barangan yang diniaga mangsa selain meminta peniaga itu membekalkan cenderahati melalui pihak ketiga yang disyorkan suspek sendiri.

“Meskipun belum menerima sebarang penghantaran bagi pesanan cenderahati, tanpa curiga mangsa telah membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan syarikat berjumlah lebih RM278,000.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari diperdaya setelah gagal menghubungi kedua-dua suspek berkenaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories