KUANTAN: Seorang peniaga mengalami kerugian melebihi RM277,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa lelaki berusia 52 tahun itu mula-mula berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi berkenaan.
Mangsa kemudian ditawarkan pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.
Mangsa membuat pelaburan awal berjumlah RM1,000 dan RM70,000, dan menerima pulangan keuntungan sebanyak RM175 dan RM12,300.
“Keuntungan yang diterima telah dilaburkan semula oleh lelaki berkenaan, sebelum mangsa diyakinkan untuk meneruskan pelaburan dengan jumlah yang lebih besar,” kata Yahaya.
Dari 8 hingga 12 Januari lalu, mangsa membuat beberapa transaksi pemindahan wang ke tiga akaun bank berbeza.
Wang tersebut berasal daripada simpanan peribadi, hasil perniagaan, dan pinjaman daripada isteri serta kenalan.
Bagaimanapun, mangsa gagal menerima sebarang keuntungan lanjut seperti yang dijanjikan.
Mangsa kemudian diberi pelbagai alasan oleh pihak terlibat sebelum menyedari dirinya ditipu.
Mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejakat Polis Daerah Jerantut.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Seorang peniaga kerugian RM277,000 selepas terpedaya skim pelaburan palsu melalui WhatsApp, bermula dengan pelaburan kecil dan janji pulangan tinggi.